Saturday, September 27, 2008

GREAT! FANTASTIC! YES: live life to the fullest

hari ni dah masuk hari yang ke 28 kita berpuasa.dan sekarang baru sahaja selesai hujan. cuaca masih gelap dengan matahari yang macam malu-malu nak tunjukkan diri. dua tiga hari lepas saya ada berjumpa dengan kawan saya lebih tepat lagi biz partner saya. malam tu saja je keluar minum-minum sambil sembang-sembang kosong. sapa cakap kalo jumpa partner je mesti sembang biz tul tak. bila dah namanya partner tu kita treat dia as our close friends too, rite. tu pendapat saya la. orang lain saya tak tau.

terdetik hati saya bertanya pada dia kenapa dia nak jugak buat biz ni sedangkan industri ni la yang paling orang luar tak suka untuk sertai. ada yang kata scam la, skim cepat kaya la, biz tipu orang dan macam2 lagi la. jadi dia ceritakan pada saya tentang hidup dia. dulu dia pernah dapat sedikit 'kesedaran' yang dia rasa macam dah dekat sangat diri dia dengan kematian. start dari hari tu dia keep on praying supaya tuhan panjangkan umur dia supaya dia boleh balas jasa parents dia. paling kurang pun biarlah dia sempat graduate. bermula dari hari dia dapat kesedaran tu dia jadi seorang yang mengikut je arus orang biasa ikut. takut itu takut ini. sampai lah dia jumpa seorang awek yang berjaya ubah mind set dia. tapi hubungan diorang tak kekal. dan dia lost seketika. time tu dia mintak dengan Tuhan supaya diberikan peluang untuk dia ubah keadaan hidup dia. nak dijadikan cerita dia jumpa dengan seorang kawan yang tunjukkan dia biz ni. kata-kata seorang manusia ni benar-benar buat dia tersedar - "orang muslim selalu mintak dengan Tuhan supaya ditunjukkan peluang tapi setiap kali peluang datang depan mata kita tak appreciate. tapi still kita dok mintak benda yang sama. bukankah tu lebih kurang cam tak bersyukur. "

bermula dari kata-kata tu dia mula ada fokus untuk buat biz ni. sampai sekarang dia masih dalam industri ni kerana dia yakin yang industri ini mampu membantu dia untuk capai impian dalam hidupnya. dia belum lagi berharta atau kaya lagi tapi sekurang-kurangnya banyak pengalaman yang dia gain dalam biz ni. kaya itu lambat atau cepatnya datang pada kita adalah rezeki masing2.

bila dengar cerita dia saya bagitau dia - live life to the fullest. cerita dia benar2 beri kesan pada saya. hidup kita tak lama dan tak ada orang tahu bila dia akan mati. namun mengapa ramai dari kita yang matikan impian kita sebelum jasad kita dimamah bumi. mengapa kita matikan jiwa kita tanpa membenarkan impian mengepam laju dalam urat-urat nadi darah kita dan membiarkan tubuh kita mereput dalam segar?

adakah impian itu hanya khayalan buat manusia?

dan salahkah kalau kita punya bermimpi dan menguntai impian?

semuanya terserah pada kita, manusia yang punya akal, hati, jiwa dan rasa.

saya punya banyak impian yang belum tercapai dan sentiasa dalam diri saya bagitau tak nak mati tanpa impian saya tercapai. dan itulah doa yang saya selalu panjatkan pada Kuasa Di Atas Sana. sekurang-kurangnya biarlah saya mati tersenyum.

takkah itu satu perkara yang indah?

jangan pernah kita putus asa dengan impian yang kita ada. capailah ia selagi boleh. hidupkan impian kita sejak kecil lagi tu supaya kita tahu kita ada matlamat dalam hidup kita. jgn jadi seperti robot yang mana telah diprogramkan untuk diguna oleh orang lain.

kalau ada yang suka melancong pergilah

siapa yang nak mencari cinta carilah

siapa yang nak cuba sesuatu yang baru buatlah

jgn limit kan diri kita

sbb kita insan yang unggul

LIVE LIFE TO THE FULLEST!

GREAT! FANTASTIC! YES!

Saturday, September 13, 2008

GREAT! FANTASTIC! YES!: Jadi Budak Kejap

pernah tak kita bergaduh?

sepanjang hidup kita tipu la kalo kita tak pernah erti pergaduhan ni kan?

tapi perasan tak semakin kita besar semakin teruk cara kita menyelesaikan pergaduhan tu. peningkatan usia kita menyebabkan cara kita mengendalikan emosi kita semakin kebudakan. bayangkan gaduh benda kecil je tapi boleh cecah sampai 8 tahun tak cakap. itu bagi lelaki2 yang maskulin kalo yang tak brapa maskulin lagi la kan... agaknya sampai ke tua pun boleh berdendam sbb gaduh rebut jantan.

saya pun tak terkecuali dari dipukul masalah yang macam ni. tapi lemahnya, saya seorang yang akan cepat mulakan balik perjanjian damai walaupun kadang2 bukan salah saya. mungkin sbb didikan dari kecil menyebabkan saya memandang benda (gaduh-gaduh) ni perkara yang sangat remeh dan tak nak timbulkan banyak lagi masalah. ye la setakat gaduh pasal jawatan dalam kelas ke apa ke takkan la nak masam muka sampai bertahun2 kan. kenal kawan tu pulak dari kita hingus hijau lagi! ada ke patut kan?

bila saya tengok adik2 kita yang kecik ni kan rasa sangat pelik tau. diorang boleh gaduh berkelahi sampai tumbuk bertumbuk tapi tak sampai petang dah boleh jadi geng balik.

tertanya saya pada diri sendiri...

adakah kematangan dari sudut umur membudakkan perlakuan kita dalam menangani konflik dalam hidup kita?

kalo la dalam berkawan kita boleh ikut cara budak berkawan saya rasa takkan ada kes kawan tipu kawan, kawan makan kawan dan sewaktu dengannya. bila persahabatan kita pandang dengan nilai yang tinggi setakat kena tegur atau kena marah kita takkan ambil hati lama2 kat kawan kita kan? tapi tu la orang kata lelaki tak sensitif tapi sepanjang hidup saya ramai je yang saya jumpa hatinya lembut dan cepat terasa hati bila kena marah (saya pun tak terkecuali la). budak2 berkawan tak penah ada hard feeling lama2. sememangnya budak sangat pelik bila berkawan kan.

tapi yang pelik ini la yang sangat pandai berkawan dan boleh gelak2 lepas gaduh.

bukan mereka yang dah berjanggut, bermisai dan menunggu saat untuk kertu.

Thursday, August 7, 2008

GREAT! FANTASTIC! YES!: cerita konvo pulak

saya rasa minggu ni adalah minggu yang paling sibuk di kebanyakan universiti awam di malaysia. apa lagi kalo bukan minggu konvokesyen. ada yang panggil pesta konvokesyen ada gak yang panggil festival konvokesyen. apa pun panggilan yang diletakkan tetap juga ia membawa satu perkara yang sama iaitu minggu penganugerahan bagi mahasiswa yang telah tamat pengajiannya di universiti. cemerlang atau tidak itu perkara yang kedua. pentingnya diri bukan lagi bergelar pelajar ijazah. yang tengah menaip ni sepatutnya dah habis belajar tapi biasalah kadang kala kita leka dan lalai jadi tak dpt nak naik ke pentas dengan kawan2 untuk dptkan skrol ijazah tu. usik kasarnya "sayang kampus sangat la tu". lupa sekejap pasal saya apa kata kalo kita semua tengok apa yang akan terjadi pada hari konvokesyen ni.

pada hari penganugerahan ni la para lepasan siswazah ni akan bawa ramai sanak saudara datang mencemar duli ke universiti masing2. bukan dekat2 datangnya cik jah oi! nun ada datang dari kelate, dari ganu, mai dari kedah malah ada yang terbang merentas laut dari kepulauan bornea semata-mata nak tengok anak2 yang tersayang ni terima ijazah. ye la bukan senang nak bawak ahli keluarga ni datang ke kampus. nak2 plak kalo kampus yang undang2 ketat mcm sesetengah IPTA kita ni. lain la macam kampus saya, agak longgar. bkn apa, ikatan kekeluargaan tu penting jadi pihak U longgarkanlah sikit kasi senang mak ayah nak datang jenguk. ye dok?

dan bila kita sebut tentang minggu konvokesyen ni memang tak sah la kalo kita tak cerita pasal kepelbagaian gerai yang ada. masa2 mcm ni la nak buat duit bagi sesetengah pihak. tak salahkan? kita bagi servis macam jual makanan (tak kisah la apa pun - rojak, nasi dagang, nasi kerabu, sup ekor dll) atau urutan kaki mesti la kita mengharapkan pulangan. kalo tak itu bukan bisnes namanya. dengar kata lain semua orang dpt rasanya nikmatnya minggu konvokesyen ni.

namun, kegembiraan minggu konvokesyen ni sampai bila terkesannya pada para graduan ni? kalo pelajar AF itu bila dah kononnya 'konvo' paling2 busuk pun dah ada tawaran yang menanti mereka. walaupun panas mereka ni mcm pisang goreng- sekejap je panasnya, ada jgk masuk ribu2 betul tak?

jadi ramailah yang mendaftar tanpa rela dalam persatuan pengganggur malaysia. alasan yang diberikan tak ada rezeki lagi lah, gaji orang tawar tak memuaskanlah dan macam2 lagi la alasan. awak tu baru keluar dari U, siapa awak nak demand lebih? diva ke? last2 dok kat rumah jadi penternak lemak. tapi sampai berapa lama nak duduk bawah ketiak mak?

pada yang memang ada inisiatif syabas saya ucapkan. korang memang tau betapa susahnya nak dapat kerja di negara kita ni tatkala kadar inflasi makin tinggi dan taraf hidup menjinjing ke langit. jadi korang ambil apa2 peluang yang ada di depan mata. untuk kerja dalam bidang yang kita belajar bukan tak boleh dpt tapi susah nak dpt tapi sesetengah kita ni egonya setinggi gunung kinabalu atau kena-abah-lu. "eh kalo aku tak kerja dalam bidang yang aku belajar sia2 la aku dok ngadap buku 3 tahun kat U". memang la tapi ada ke orang cakap kita masuk u tu sbb bila kita keluar nanti kita mesti kerja dlm bidang yang kita belajar?

persoalannya adakah kepandaian kita dalam satu lapangan sahaja?

paling penting sekali adakah kita mahasiswa datang dari seluruh pelusuk malaysia ni hanya sekadar untuk mempunyai kelebihan dalam bidang yang kita ditawarkan sahaja?

jadi salah tak kalo saya katakan kita ni robot?

wah kurang ajar banget lho ngomong gaya gitu! bukan maksud saya nak kata kita semua ni robot tapi kalo kita sendiri hadkan kelebihan diri kita tak ubahlah kita ni robot. hanya robot je yang buat satu kerja. kalo kita dah set pada cip dia pandai memasak maknanya kepakaran dia pandai memasak je la dan kalo kita setkan pada cip dia pandai menjahit maka banyaklah baju dan seluar yang dihasilkan. tapi ada jugak robot yang ada multi-fungsi.

kalu mcm tu orang yang kata dia cuma pandai satu bab je dia lagi teruk dari robot la?

herm.... sesuatu yang bijak untuk difikirkan.

sebenarnya kalo kita lihat kebanyakan graduan yang keluar dari kampus matlamat mereka mesti nak kerja dengan orang. dan kalo dapat kerja dalam lapangan yang dia belajar lagi dia kecur air liur. jarang kita dengar graduan keluar dari U bercita2 nak jadi petani moden. ada tapi macam air tadahan gerimis la. sikit sangat.

sbb apa?

sbb kita dah bagitau diri kita macam tu. 'aku habis belajar mesti kerja dengan orang'
kenapa tak kita tukar kepada 'aku akan terus belajar di luar sana dan buka banyak peluang kerja pada orang lain'?

mustahilkah untuk benda ni berlaku?

tak mustahil sbb jalan hidup kita, kita yang tentukan.

nak hitam hitamlah ia

nak putih putihlah ia

semuanya terpulang macam mana kita menjana imaginasi kita.

kita adalah Aladdin dan semesta adalah Genie kita. seperti mana hajat Aladdin ditunaikan oleh Genienya, apa yang kita hajatkan dan apa yang kita inginkan apabila kita katakan pada semesta maka semesta akan menjawab "your wish is my command". tapi perlu beserta dengan usahalah. tak gunakan jugak kalau berdoa nak ubah hidup tapi usahanya tarak!

"hati kalau dah mahu, sungai deras pun kita kan mampu mudik ke hulu"

di sini saya hidangkan satu sajak dari A. Wahad Ali, penyajak dan pensyarah di salah sebuah IPTA di ibu kota.

A. Wahad Ali
Jangan Beri Aku

Universiti
Jangan beri aku ijazah
hanya ijazah
kerana ijazah = sijil pengangguran

Mahaguru
Jangan beri aku jawapan
berilah aku ilmu mencari jawapan
kerana hidup yang aku akan harungi
sebenarnya maya soalan

Universiti
Jangan jadikan dirimu kilang
Jangan jadikan pensyarahmu penjaga mesin
memproduksi graduan

Universiti
Jangan beri aku kecemerlangan
semata untuk digunakan orang
Berilah aku kepintaran
mewarisi, mencipta dan memelihara zaman

Disember 1994

fikir
sebelum bertindak
jiwai dulu sebelum bertindak
kemudian barulah bertindak seperti yang patut bertindak

GREAT! FANTASTIC! YES!



Sunday, August 3, 2008

GREAT! FANTASTIC! YES!: bicara duit




rasanya ramai yang familiar tentang pic ni kan? with the thing in this picture i'm sure a lot of lives out there can be changed. sbb apa? benda hijau ni memang ada tarikannya tersendiri. people who is broke can be full in the pocket with this green. n yang miskin boleh hidup senang kalo berkepuk benda ni dalam laci dorang. for the rich people nothing more has to say. they know really well about money. 3 or 4 digit numbers is spending juz for their groceries.

kenapa tetiba saya nak berbicara pasal benda ni. a few days ago i had checked my friendster and found one fella yang nak duit tapi tak nak buat something. funny rite? but that's true about malaysians especially my people la- malay.

boleh tak kita tak nak kerja but still got a lot of money in our accounts? sure bolehnya. sapa kata tak boleh? tp adakah korang ada sorang atuk yang buka hotel empire kat satu donia fana ni pastu bagi harta kat cucu cicit cam dia ni?


mak la paris hilton.... kalo ada atuk cam atuk mak baru kita gang k

atau korang anak pada tokey pakaian and berbin atau berbintikan ralph lauren....

hi name saye dylan lauren. iney my mummy and pappy, ralph lauren. sayey baru blaje cekep meleyu (kaedahnya!)

dude and sis, duit tak datang ngan mudah dalam hidup kita. tak ada orang tak letak benih di bendang tetiba kuar padi. itu sememangnya sememangnya hukum alam. itu baru padi inikan pulak kita manusia yang akalnya memang boleh tahan bagusnya. tak kisahla sama anda kat luar sana bekerja ngan orang atau pun menjana duit sendiri (buat biz) keep in mind that money is not coming from the sky. ALLAH SWT tu memang Maha Bijaksana. sbb apa? kalo lah Dia jadikan duit turun dari langit cam air hujan kita tak akan hargai duit mcm yang kita simpan dengan baik dalam wallet skang ni.

andai katalah ada yang bagitau korang semua yang ada cara senang cari duit memang saya berani cakap tak ada jalan singkat untuknya. buat direct sales? MLM? tetap kena letak usaha gak dan sememang sapa yang buat industry ni akan tau penat jerih nak usahakannya. skit cepat kaya? cuba tanya berapa ramai yang jadi jutawan dari skim tu. yang jadi gilawan ramai la kot. melacur? saya tak penah buat tapi tetap susah gak. mcm2 penyakit leh kena. tu tak kira lagi kalo dapat pelanggan yang ganas n sadis. tak ke naya jadi hamba seks?

nothing comes easy in this world. bayangkan kita dari sperma dan terbentuk jadi bayi pun bukan main lama lagi. itu baru nak jadikan seorang manusia, apatah lagi kalo nak membina kekayaan.

so dengan kata lain kita kena berusaha.... berusaha dan berusaha. baru lah kita boleh layak untuk pegang duit yang berkepuk. jgn pernah give up sbb give up ada kata-kata motivasi dari syaitan.

tapi sayang sekali, biar banyak kali pun pihak2 berkuasa buat iklan pasal skim cepat kaya n berita pasal isu ni berjela2 kat koran tetap gak ramai yang kena tipu. dan paling menyayat hati orang2 bangsa saya jugak paling ramai yang kena. ngapain sih? kena tipu ngan agen jual pinggan mangkuk la, agen jual selimut la, agen periuk belanga la dan mcm2 lagi la. mula2 gitau yang kita pelanggan bertuah pastu dapat peluang gores hadiah lumayan. last2 duit kita yang kena gores secara lumayan. tapi tetap jugak tu tak serik. biasalah manusia kita takkan pernah lari dari melakukan kesilapan tp cikgu saya pernah cakap kalo kita lakukan kesalahan, itu tanda kita akan jadi lebih bijak tapi kalo lakukan kesalahan yang sama berkali-kali tu bermakna kita ter'lebih' bijak.

jadi sama2 la kita muhasabah diri kita supaya setiap hari yang kita lalui membentuk diri kita menjadi manusia yang bermotivasi dan unggul.

GREAT! FANTASTIC! YES!