Saturday, September 27, 2008

GREAT! FANTASTIC! YES: live life to the fullest

hari ni dah masuk hari yang ke 28 kita berpuasa.dan sekarang baru sahaja selesai hujan. cuaca masih gelap dengan matahari yang macam malu-malu nak tunjukkan diri. dua tiga hari lepas saya ada berjumpa dengan kawan saya lebih tepat lagi biz partner saya. malam tu saja je keluar minum-minum sambil sembang-sembang kosong. sapa cakap kalo jumpa partner je mesti sembang biz tul tak. bila dah namanya partner tu kita treat dia as our close friends too, rite. tu pendapat saya la. orang lain saya tak tau.

terdetik hati saya bertanya pada dia kenapa dia nak jugak buat biz ni sedangkan industri ni la yang paling orang luar tak suka untuk sertai. ada yang kata scam la, skim cepat kaya la, biz tipu orang dan macam2 lagi la. jadi dia ceritakan pada saya tentang hidup dia. dulu dia pernah dapat sedikit 'kesedaran' yang dia rasa macam dah dekat sangat diri dia dengan kematian. start dari hari tu dia keep on praying supaya tuhan panjangkan umur dia supaya dia boleh balas jasa parents dia. paling kurang pun biarlah dia sempat graduate. bermula dari hari dia dapat kesedaran tu dia jadi seorang yang mengikut je arus orang biasa ikut. takut itu takut ini. sampai lah dia jumpa seorang awek yang berjaya ubah mind set dia. tapi hubungan diorang tak kekal. dan dia lost seketika. time tu dia mintak dengan Tuhan supaya diberikan peluang untuk dia ubah keadaan hidup dia. nak dijadikan cerita dia jumpa dengan seorang kawan yang tunjukkan dia biz ni. kata-kata seorang manusia ni benar-benar buat dia tersedar - "orang muslim selalu mintak dengan Tuhan supaya ditunjukkan peluang tapi setiap kali peluang datang depan mata kita tak appreciate. tapi still kita dok mintak benda yang sama. bukankah tu lebih kurang cam tak bersyukur. "

bermula dari kata-kata tu dia mula ada fokus untuk buat biz ni. sampai sekarang dia masih dalam industri ni kerana dia yakin yang industri ini mampu membantu dia untuk capai impian dalam hidupnya. dia belum lagi berharta atau kaya lagi tapi sekurang-kurangnya banyak pengalaman yang dia gain dalam biz ni. kaya itu lambat atau cepatnya datang pada kita adalah rezeki masing2.

bila dengar cerita dia saya bagitau dia - live life to the fullest. cerita dia benar2 beri kesan pada saya. hidup kita tak lama dan tak ada orang tahu bila dia akan mati. namun mengapa ramai dari kita yang matikan impian kita sebelum jasad kita dimamah bumi. mengapa kita matikan jiwa kita tanpa membenarkan impian mengepam laju dalam urat-urat nadi darah kita dan membiarkan tubuh kita mereput dalam segar?

adakah impian itu hanya khayalan buat manusia?

dan salahkah kalau kita punya bermimpi dan menguntai impian?

semuanya terserah pada kita, manusia yang punya akal, hati, jiwa dan rasa.

saya punya banyak impian yang belum tercapai dan sentiasa dalam diri saya bagitau tak nak mati tanpa impian saya tercapai. dan itulah doa yang saya selalu panjatkan pada Kuasa Di Atas Sana. sekurang-kurangnya biarlah saya mati tersenyum.

takkah itu satu perkara yang indah?

jangan pernah kita putus asa dengan impian yang kita ada. capailah ia selagi boleh. hidupkan impian kita sejak kecil lagi tu supaya kita tahu kita ada matlamat dalam hidup kita. jgn jadi seperti robot yang mana telah diprogramkan untuk diguna oleh orang lain.

kalau ada yang suka melancong pergilah

siapa yang nak mencari cinta carilah

siapa yang nak cuba sesuatu yang baru buatlah

jgn limit kan diri kita

sbb kita insan yang unggul

LIVE LIFE TO THE FULLEST!

GREAT! FANTASTIC! YES!

Saturday, September 13, 2008

GREAT! FANTASTIC! YES!: Jadi Budak Kejap

pernah tak kita bergaduh?

sepanjang hidup kita tipu la kalo kita tak pernah erti pergaduhan ni kan?

tapi perasan tak semakin kita besar semakin teruk cara kita menyelesaikan pergaduhan tu. peningkatan usia kita menyebabkan cara kita mengendalikan emosi kita semakin kebudakan. bayangkan gaduh benda kecil je tapi boleh cecah sampai 8 tahun tak cakap. itu bagi lelaki2 yang maskulin kalo yang tak brapa maskulin lagi la kan... agaknya sampai ke tua pun boleh berdendam sbb gaduh rebut jantan.

saya pun tak terkecuali dari dipukul masalah yang macam ni. tapi lemahnya, saya seorang yang akan cepat mulakan balik perjanjian damai walaupun kadang2 bukan salah saya. mungkin sbb didikan dari kecil menyebabkan saya memandang benda (gaduh-gaduh) ni perkara yang sangat remeh dan tak nak timbulkan banyak lagi masalah. ye la setakat gaduh pasal jawatan dalam kelas ke apa ke takkan la nak masam muka sampai bertahun2 kan. kenal kawan tu pulak dari kita hingus hijau lagi! ada ke patut kan?

bila saya tengok adik2 kita yang kecik ni kan rasa sangat pelik tau. diorang boleh gaduh berkelahi sampai tumbuk bertumbuk tapi tak sampai petang dah boleh jadi geng balik.

tertanya saya pada diri sendiri...

adakah kematangan dari sudut umur membudakkan perlakuan kita dalam menangani konflik dalam hidup kita?

kalo la dalam berkawan kita boleh ikut cara budak berkawan saya rasa takkan ada kes kawan tipu kawan, kawan makan kawan dan sewaktu dengannya. bila persahabatan kita pandang dengan nilai yang tinggi setakat kena tegur atau kena marah kita takkan ambil hati lama2 kat kawan kita kan? tapi tu la orang kata lelaki tak sensitif tapi sepanjang hidup saya ramai je yang saya jumpa hatinya lembut dan cepat terasa hati bila kena marah (saya pun tak terkecuali la). budak2 berkawan tak penah ada hard feeling lama2. sememangnya budak sangat pelik bila berkawan kan.

tapi yang pelik ini la yang sangat pandai berkawan dan boleh gelak2 lepas gaduh.

bukan mereka yang dah berjanggut, bermisai dan menunggu saat untuk kertu.