Saturday, September 13, 2008

GREAT! FANTASTIC! YES!: Jadi Budak Kejap

pernah tak kita bergaduh?

sepanjang hidup kita tipu la kalo kita tak pernah erti pergaduhan ni kan?

tapi perasan tak semakin kita besar semakin teruk cara kita menyelesaikan pergaduhan tu. peningkatan usia kita menyebabkan cara kita mengendalikan emosi kita semakin kebudakan. bayangkan gaduh benda kecil je tapi boleh cecah sampai 8 tahun tak cakap. itu bagi lelaki2 yang maskulin kalo yang tak brapa maskulin lagi la kan... agaknya sampai ke tua pun boleh berdendam sbb gaduh rebut jantan.

saya pun tak terkecuali dari dipukul masalah yang macam ni. tapi lemahnya, saya seorang yang akan cepat mulakan balik perjanjian damai walaupun kadang2 bukan salah saya. mungkin sbb didikan dari kecil menyebabkan saya memandang benda (gaduh-gaduh) ni perkara yang sangat remeh dan tak nak timbulkan banyak lagi masalah. ye la setakat gaduh pasal jawatan dalam kelas ke apa ke takkan la nak masam muka sampai bertahun2 kan. kenal kawan tu pulak dari kita hingus hijau lagi! ada ke patut kan?

bila saya tengok adik2 kita yang kecik ni kan rasa sangat pelik tau. diorang boleh gaduh berkelahi sampai tumbuk bertumbuk tapi tak sampai petang dah boleh jadi geng balik.

tertanya saya pada diri sendiri...

adakah kematangan dari sudut umur membudakkan perlakuan kita dalam menangani konflik dalam hidup kita?

kalo la dalam berkawan kita boleh ikut cara budak berkawan saya rasa takkan ada kes kawan tipu kawan, kawan makan kawan dan sewaktu dengannya. bila persahabatan kita pandang dengan nilai yang tinggi setakat kena tegur atau kena marah kita takkan ambil hati lama2 kat kawan kita kan? tapi tu la orang kata lelaki tak sensitif tapi sepanjang hidup saya ramai je yang saya jumpa hatinya lembut dan cepat terasa hati bila kena marah (saya pun tak terkecuali la). budak2 berkawan tak penah ada hard feeling lama2. sememangnya budak sangat pelik bila berkawan kan.

tapi yang pelik ini la yang sangat pandai berkawan dan boleh gelak2 lepas gaduh.

bukan mereka yang dah berjanggut, bermisai dan menunggu saat untuk kertu.

No comments: